DYTM DPMM berkenan menerima mengadap





Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Mohammad Hasif Matzin

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam (NBD) yang baharu, berlangsung di Qashr Al-Meezan.


Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baru dilantik ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Adnan bin Haji Mohd. Ja'afar; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Jepun, TYT Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Kuwait, TYT Haji Sulaini bin Haji Said; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Kesatuan Myanmar, TYT Kapten (B) Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matseruddin; Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Kanada, Puan Yang Terutama Ang Lay Ling; dan Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Republik India, PYT Siti Arnyfariza binti Haji Mohd. Jaini.


Manakala Ketua-ketua Perwakilan Asing ke NBD yang baharu terdiri daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke NBD, TYT U Sein Oo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke NBD, TYT Heuankeo Sangsomsak; Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke NBD, TYT Ramu Abbagani; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke NBD, TYT Tamer Mansy; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke NBD, TYT Weert Börner.


Pada 18 Oktober 2025 di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baharu, dan juga menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke NBD.


Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.


06 (7).jpg


07 (7).jpg


08 (6).jpg



Close